buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Badai, ahli jawatankuasa telah bertunglus lumus mewujudkan Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam pada tahun 2007. pada malam itu,pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan nasyid antara rumah, busana muslimah, persembahan nasyid sekolah (soutul adnin) dan persembahan eklusif daripada ahli jawatankuasa badai tingkatan 4 sendiri.
persembahan nasyid dari rumah emerald
persembahan nasyid sekolah
busana muslimah daripada semua wakil rumah
persembahan daripada ajk tingkatan 4 badai yang berkaitan dengan kematian, dosa, anak derhaka, dan kehidupan liar seorang remaja.
para ahli jawatankuasa MKKI
majlis itu berakhir dengan kegembiraan dan kelegaan. rumah topaz berjaya mendapat tempat pertama bagi pertandingan busana muslimah dan tempat kedua bagi pertandingan nasyid yang berkongsi markah dengan rumah emerald.rumah ruby pula mendapat tempat pertama nasyid.
pelbagai informasi dan nilai murni telah diterapkan bagi menjayakan majlis yang murni ini.semoga majlis ini menjadi budaya bagi pelajar sekolah seri puteri.sesungguhnya majlis ini menjadi pentas menyebarkan dakwah dalam cara yang berbeza.semoga MKKI pada tahun 2008 lebih baik dan lebih informasi daripada tahun sebelumnya.wallahu'alam.